Selasa, 28 Mei 2013

pAHANG VS JDT KECOH, PERLAWANAN TERTUNDA

Johor DT bertandang ke Stadium Darul Makmur untuk aksi saingan separuh akhir kedua pusingan timbal balik yang berlangsung jam 8.45 malam ini hanya berbekal satu jaringan ketika menang ke atas Pahang pada separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lalu
live stream pahang vs jdt separuh akhir piala fa 2013 keputusan pahang vs jdt johor 28 mei 2013 piala fa
‘Skuad Tok Gajah’ pastinya akan menggunakan kesempatan beraksi di bumi keramat Darul Makmur malam ini pasti mahu digunakan sebaik bagi mencipta kejutan dan melakar sejarah melangkah ke pentas final Piala FA 2013
Harapan puluhan ribu penyokong yang berada di Stadium Darul Makmur untuk menonton perlawanan tumpuan pada aksi saingan separuh akhir kedua Piala FA melibatkan pasukan Pahang menentang Johor Darul Takzim tidak kesampaian dek kerana perlawanan tersebut ditunda kepada tarikh lain yang akan diumumkan kelak
Perkara ini disebabkan jumlah penonton yang terlalu ramai hingga melebihi daripada had jumlah asal kapasiti penonton di Stadium telah mengundang beberapa siri kekecohan
Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk
Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan