Selasa, 28 Mei 2013

pAHANG VS JDT KECOH, PERLAWANAN TERTUNDA

Johor DT bertandang ke Stadium Darul Makmur untuk aksi saingan separuh akhir kedua pusingan timbal balik yang berlangsung jam 8.45 malam ini hanya berbekal satu jaringan ketika menang ke atas Pahang pada separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lalu
live stream pahang vs jdt separuh akhir piala fa 2013 keputusan pahang vs jdt johor 28 mei 2013 piala fa
‘Skuad Tok Gajah’ pastinya akan menggunakan kesempatan beraksi di bumi keramat Darul Makmur malam ini pasti mahu digunakan sebaik bagi mencipta kejutan dan melakar sejarah melangkah ke pentas final Piala FA 2013
Harapan puluhan ribu penyokong yang berada di Stadium Darul Makmur untuk menonton perlawanan tumpuan pada aksi saingan separuh akhir kedua Piala FA melibatkan pasukan Pahang menentang Johor Darul Takzim tidak kesampaian dek kerana perlawanan tersebut ditunda kepada tarikh lain yang akan diumumkan kelak
Perkara ini disebabkan jumlah penonton yang terlalu ramai hingga melebihi daripada had jumlah asal kapasiti penonton di Stadium telah mengundang beberapa siri kekecohan
Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk
Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT

KELANTAN KE FINAL PIALA FA 2013

Pasukan Kelantan mara ke ke final Piala FA 2013 setelah menewaskan Terengganu menerusi kiraan mata agregat 6-5 dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA selepas tamat aksi yang berlarutan sehingga 120 minit di Stadium Sultan Nasiruddin Shah
video result terengganu vs kelantan separuh akhir 2 piala fa 2013 1 video highlight piala fa terengganu vs kelantan 28 5 2013
Sebelum ini, Kelantan mencatat kemenangan 4-1 ke atas Terengganu dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad IV
Dengan keputusan itu, Kelantan berjaya mara ke perlawanan akhir buat kali keempat sekaligus semakin hampir untuk mempertahankan gelaran juara yang dimenangi mereka musim lalu

Selasa, 21 Mei 2013

Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah....

Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?

Selasa, 14 Mei 2013

'Jangan hanya harap bantuan pihak kerajaan'

PERSATUAN dan kelab sukan di negara ini diminta mencari sumber kewangan sendiri dan tidak hanya mengharapkan bantuan kerajaan bagi menjalankan aktiviti masing-masing.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, banyak persatuan dan kelab sukan tempatan didapati masih bergantung kepada peruntukan daripada pihak kerajaan.
"Pengurus sesebuah kelab dan persatuan yang perlu mengambil inisiatif untuk mencari sumber kewangan untuk kelab mereka.
"Sehubungan itu, mereka boleh mengadakan promosi produk kelab sendiri dengan menjual barangan, antaranya jersi, topi, beg dan lain-lain lagi untuk menjana pendapatan bagi memajukan kelab masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Kejohanan Taekwondo Peringkat Kebangsaan anjuran Malaysia Global Taekwondo Federation di Stadium Chin Woo di Kuala Lumpur semalam.
Pada masa yang sama, Ahmad Shabery juga meminta masyarakat tempatan bergiat aktif dalam acara sukan dan menjadikan aktiviti tersebut sebagai tabiat dalam kehidupan seharian mereka.
Dalam majlis berasingan, Ahmad Shabery berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencadangkan institusi pengajian tinggi awam (IPT) awam dan swasta mewujudkan kursus kewartawanan dan fotografi sukan sebagai salah satu pengkhususan dalam jurusan pengajian media.
Menurutnya, cadangan itu bertujuan menghasilkan wartawan tempatan yang mempunyai kemahiran khusus untuk membuat laporan sukan, sekaligus meningkatkan impak yang diberikan media terhadap bidang tersebut.
"Kita mempunyai banyak IPT menawarkan kursus kewartawanan, penyiaran dan fotografi, tetapi tidak ada kursus kewartawanan sukan dan perkara ini perlu diperhatikan semua pihak sebagai satu perkara baharu.
"Kita mahu wartawan sukan yang bukan setakat tahu buat komen (secara umum), tetapi tahu dari semua aspek termasuk teknikal dan sejarahnya," katanya.


ILMU MENGENAI NADIR BUMI

 
 APA CETA YANG SEBENARNYER
 
1. Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini

2. Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.
3. Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.
Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.projek ini perlu diteruskan dan saya akan tetap menyokongnya selagi Lynas selamat dan dipantau sepenuhnya.” Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen PAS Hulu Langat. (Rujukan Juga dibuat dengan seorang Professor di Unit Tenaga Nuklear (MOSTY)
Sejak kebelakangan ini dap dan beberapa akhbar berbahasa cina begitu giat dan bermati-matian mahu menghancurkan projek LYNAS kebanggaan rakyat malaysia.
apa yang LYNAS boleh sumbangkan kepada ekonomi negara ?
apa yang LYNAS boleh bantu syarikat automobil negara (proton dan perodua) ?
dan yang lebih penting, apa yang membolehkan malaysia dapat melalui pasaran ini ?
 
Apakah dia Nadir Bumi?
Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan. Ia terdiri dari 17 unsur - unsur kimia termasuk unsur semulajadi yang membebaskan radiasi.
Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya. Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.
Projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam jumlah yang besar malah ianya dipersetujui serta diakui oleh pemimpin DAP Leong Ngah Ngah yang mana turut disiarkan dalam tabloid cina.
Ia merupakan fakta yang jelas. Malahan Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang merupakan pakar radioaktif mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa. Biarpun beliau pembangkang tetapi sebagai seorang PAKAR, beliau menyatakan pendirian yang cukup jelas tentang Lynas ini.
Apabila seorang pakar yang meletakkan fahaman politik ke luar dan menjelaskan pendirian berdasarkan bidang yang diceburi, mahu penjelasan apa lagi?
Loji Lynas di Gebeng dipasang dengan sensor radiasi dan peralatan terkini dalam mengendali pencemaran. Ia bukan satu loji ‘kos rendah’ yang tidak punya kajian terperinci. Malah 12 kolam simpanan sementara yang dilapisi dengan plastik padat berdentisiti tinggi turut dibina dan diletakkan di dalam tanah akan dilapisi dengan tanah liat bagi membolehkan tempat simpanan tersebut kedap air yang mampu menahan tahap radioaktif sehingga ia dikeluarkan, sungguhpun kadar radioaktif terlalu rendah.
China menghasilkan 97% daripada bekalan dunia manakala Jepun merupakan pengimport terbesar Rare Earth. Ketika kedua negara ini mengalami perbalahan diplomatic, China menggunakan logam berharga ini sebagai senjata untuk memaksa Jepun tunduk serta berdamai dengan mereka. 
Dalam teknologi menghasilkan telefon pintar dan kereta hybrid, produk Rare Earth merupakan sumber utama bagi Jepun, kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada Rare Earth. Rare Earth yang mengandungi tahap radioaktif paling rendah.
Lynas enggan meneruskan pelaburan mereka di China berikutan sekatan ke atas semua produk akhir. Manakala cukai import dan eksport untuk Rare Earth dikenakan sebanyak 25% selain sekatan juga turut dikenakan. Ini membuatkan harga bahan berkenaan berganda-ganda. Manakala Malaysia menjadi pilihan untuk pelaburan dan dari sudut ekonomi bukankah ia menjana pendapatan industri negara?
Sebelum komited untuk menempatkan pelaburan mereka di Malaysia, Lynas telah pun menerima kelulusan untuk membina kilang Rare Earth mereka di Australia malah China juga turut memberi kelulusan yang sama. Walaupun ada kes di Boutou di mana tahap radiasi dilaporkan mencemari sumber air utama penduduk setempat, tetapi ia masih relevan.
 
Gambaran yang cuba ditanam kepada rakyat Malaysia ialah betapa mudaratnya nadir bumi ini sehinggakan Australia tidak mahu memprosesnya dan Gebeng dijadikan pusat pembuangan sisa toksik yang mengandungi radiasi.
Tetapi perlu ditekankan juga bahawa Amerika Syarikat (AS), iaitu sebuah negara yang mempunyai perundangan perlindungan alam sekitar yang lebih ketat daripada Australia telah memperkenalkan satu rang undang-undang untuk memulihkan industri pemprosesan nadir bumi. Ini kerana pada satu ketika dahulu (1965-2000), AS adalah pengeluar terbesar elemen nadir bumi melalui lombong Mountain Pass, California.
Tetapi dengan kehadiran China memproses nadir bumi pada awal tahun 2000, ia telah memaksa lombong Mountain Pass ditutup kerana China mampu memproses bahan tersebut dengan menggunakan kos yang lebih rendah. AS akur keputusan memberhentikan operasi Mountain Pass telah mengakibatkan China mengawal lebih daripada 96 peratus pengeluaran nadir bumi pada hari ini
Malaysia dipilih kerana lokasi strategik dengan pasaran, mempunyai akses kepada bahan kimia yang berkualiti tinggi, peralatan dan juga kemahiran teknikal yang miliki Malaysia diperakui oleh pihak Lynas. Ini merupakan satu penghormatan kepada Malaysia sendiri.
Lokasi Pelabuhan Kuantan juga dilihat lebih strategik untuk aktiviti pemerdagangan, manakala China tidak dipilih kerana lokasinya yang jauh dan tinggi jumlah cukai importnya. Australia pula yang lokasinya dilihat tidak strategik dari segi geografi. Manakala tempoh pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan kerajaan adalah kerana status Lynas sebagai perintis Amoco dan WR Grace selain itu Lynas akan mempromosikan pelbagai produk industri pendokong di Malaysia yang merangkumi perabut, kimia baja dan lain-lain. Secara tidak langsung ianya memberi manfaat yang besar kepada industri peruncitan F&B di Malaysia.
Lynas juga telah bersepakat dengan beberapa syarikat untuk menukar produk sampah kepada konkrit. Tahap torium yang boleh diubah menjadi produk sampingan yang tidak berbahaya seperti agregat semen yang digunakan dalam pembangunan jalan.
Pembangkang yang diwakili Fuziah Salleh cuba untuk menghentikan Lynas dengan tujuan menghilangkan keyakinan serta kepercayaan negara luar kepada negara dan bangsa Malaysia. Justeru Malaysia dilihat tidak mampu membuat keputusan walaupun ianya berdasarkan standard piawaian antarabangsa dan undang-undang.
Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau sepenuhnye oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA). Makala kelulusan lesen kepada Lynas tiada kaitan dan tidak kena mengena dengan Kerajaan Negeri Pahang.
Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. Seramai 10 orang pakar yang diiktiraf dalam bidang masing-masing dilantik menanggotai panel ini yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland, di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA.
Bukan itu sahaja, malah pakar-pakar lain seperti Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe juga dilantik untuk bertindak sebagai pembantu pentadbiran.
Semua ahli panel yang dilantik ini mempunyai kepakaran khusus dalam perlindungan sinaran, penilaian keselamatan, pengurusan sisa, pengangkutan dan tindakan pembaikkan.
Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.
Tahukah kita bahawa Indonesia, Vietnam dan Bangladesh yang merupakan negara lebih miskin dari Malaysia telah pun merancang untuk memulakan projek ini dimana mereka bakal mengendalikan loji nuklear sendiri menjelang 2020.
Bahan mentah yang digunakan oleh Asian Rare Earth di Bukit Merah ialah bahan ‘Tin Mining Tailings’ yang mana mana ianya berbeza dengan yang digunakan oleh Lynas. ‘Tin Mining Tailings’ ianya adalah 50 kali lebih tinggi tahap radiasinya.
Rata-rata pekerja Lynas akan menerima 2 millisivert /setahun tahap radiasi dibandingkan dengan mereka yang merokok sekotak rokok sehari dimana ianya menerima 150 millisivert/setahun tahap radiasi. Jadi ada masalah disini? 
Para pekerja di loji ini hanya menerima 10% radiasi tambahan sebagaimana diterima dalam kehidupan harian para juru x-ray perubatan dan pergigian. Adakah kerajaan harus menutup semua klinik gigi di Malaysia hanya kerana mahu setara dengan Lynas?
Gambaran yang cuba ditanam kepada rakyat Malaysia ialah betapa mudaratnya nadir bumi ini sehinggakan Australia tidak mahu memprosesnya dan Gebeng dijadikan pusat pembuangan sisa toksik yang mengandungi radiasi.
Tetapi perlu ditekankan juga bahawa Amerika Syarikat (AS), iaitu sebuah negara yang mempunyai perundangan perlindungan alam sekitar yang lebih ketat daripada Australia telah memperkenalkan satu rang undang-undang untuk memulihkan industri pemprosesan nadir bumi. Ini kerana pada satu ketika dahulu (1965-2000), AS adalah pengeluar terbesar elemen nadir bumi melalui lombong Mountain Pass, California.
Tetapi dengan kehadiran China memproses nadir bumi pada awal tahun 2000, ia telah memaksa lombong Mountain Pass ditutup kerana China mampu memproses bahan tersebut dengan menggunakan kos yang lebih rendah. AS akur keputusan memberhentikan operasi Mountain Pass telah mengakibatkan China mengawal lebih daripada 96 peratus pengeluaran nadir bumi pada hari ini
Antara elemen atau jenis Nadir Bumi ini dan produk yang dihasilkan ialah :
Prometium – Bateri Nuklear
Scandium – Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa
Yttrium - Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro
Lanthanum – Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera
Cerium – Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic
Praseodymium – Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan
Thulium – Pembuatan mesin X-Ray mudah alih
Ytterbium – Agen pengurangan kimia, laser inframerah
Terbium – Pembuatan lampu kalimantan, laser
Gadolinium – Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI
Neodymium – Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik