Selasa, 14 Mei 2013

'Jangan hanya harap bantuan pihak kerajaan'

PERSATUAN dan kelab sukan di negara ini diminta mencari sumber kewangan sendiri dan tidak hanya mengharapkan bantuan kerajaan bagi menjalankan aktiviti masing-masing.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, banyak persatuan dan kelab sukan tempatan didapati masih bergantung kepada peruntukan daripada pihak kerajaan.
"Pengurus sesebuah kelab dan persatuan yang perlu mengambil inisiatif untuk mencari sumber kewangan untuk kelab mereka.
"Sehubungan itu, mereka boleh mengadakan promosi produk kelab sendiri dengan menjual barangan, antaranya jersi, topi, beg dan lain-lain lagi untuk menjana pendapatan bagi memajukan kelab masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Kejohanan Taekwondo Peringkat Kebangsaan anjuran Malaysia Global Taekwondo Federation di Stadium Chin Woo di Kuala Lumpur semalam.
Pada masa yang sama, Ahmad Shabery juga meminta masyarakat tempatan bergiat aktif dalam acara sukan dan menjadikan aktiviti tersebut sebagai tabiat dalam kehidupan seharian mereka.
Dalam majlis berasingan, Ahmad Shabery berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencadangkan institusi pengajian tinggi awam (IPT) awam dan swasta mewujudkan kursus kewartawanan dan fotografi sukan sebagai salah satu pengkhususan dalam jurusan pengajian media.
Menurutnya, cadangan itu bertujuan menghasilkan wartawan tempatan yang mempunyai kemahiran khusus untuk membuat laporan sukan, sekaligus meningkatkan impak yang diberikan media terhadap bidang tersebut.
"Kita mempunyai banyak IPT menawarkan kursus kewartawanan, penyiaran dan fotografi, tetapi tidak ada kursus kewartawanan sukan dan perkara ini perlu diperhatikan semua pihak sebagai satu perkara baharu.
"Kita mahu wartawan sukan yang bukan setakat tahu buat komen (secara umum), tetapi tahu dari semua aspek termasuk teknikal dan sejarahnya," katanya.


1 ulasan:

  1. Sands Casino Hotel | Play at the Best Casinos in San Diego
    The 메리트 카지노 Sands Casino Hotel is a high-end resort right on the northern California border that is home to the 샌즈카지노 biggest casino in town. 제왕카지노 Guests can enjoy world-class

    BalasPadam